Penganjuran MIHAS 2020 dijadual semula pada 1-4 Sept

SOURCE : Astro Awani

Keputusan itu dibuat susulan maklum balas yang diperoleh daripada pempamer MIHAS 2020 yang berharap agar pameran perdagangan ikonik itu dijadualkan semula. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-17 2020 (MIHAS 2020) telah dijadualkan semula pada 1-4 Sept, 2020, daripada 1-4 April, 2020, sebagai langkah untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para peserta dan pempamer berikutan kebimbangan terhadap penularan global Covid-19.

Penganjurnya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, keputusan itu dibuat susulan maklum balas yang diperoleh daripada pempamer MIHAS 2020 yang berharap agar pameran perdagangan ikonik itu dijadualkan semula.”Perubahan tarikh itu juga mengambil kira trend pameran perdagangan di seluruh dunia yang memilih untuk menjadualkan semula acara mereka,” kata perbadanan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

MATRADE berkata ia akan terus bekerjasama rapat dengan semua pempamer dan pengunjung bagi memastikan kejayaan MIHAS 2020.Bagaimanapun, ia berkata menurut Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai kementerian dan agensi lain, situasi COVID-19 di Malaysia masih terkawal.

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As A Trade Visitor

MIHAS Connect will be available by 1st of July 2020