Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke17 pada 1-4 April 2020

SOURCE : Varia Seri

By Zurin Holit – November 25, 2019

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) bakal diadakan bagi kali ke17 pada 1 April sehingga 4 April 2020 di Pusat Pameran MITEC, Kuala Lumpur. Untuk edisi kali ini MIHAS mensasarkan peningkatan sebanyak 5% daripada RM1.6 billion untuk tahun 2019. Ini selaras dengan peningkatan jumlah gerai pameran  yang menyertai MIHAS kali ini iaitu sebanyak 1300 gerai pameran.

Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, Mihas 2020 akan menumpukan kepada dua sektor iaitu sistem francais dan teknologi makanan 4.0 antara syarikat tempatan dan luar negara.

Tambah beliau lagi sasaran itu adalah bersandarkan kepada peningkatan jumlah peserta dan produk yang bakal dipamerkan pada edisi kali ini.  Selain itu juga MIHAS kali ini juga akan mempamerkan beberapa sektor halal bagi memenuhi pasaran global seperti makanan dan minuman, farmaseutukal,kewangan Islamik, logistik, kosmetik dan pelancongan.

Bertemakan “Memperluaskan Perniagaan Halal Anda”, MIHAS 2020 dijangka bakal menarik kunjungan sermai lebih 35,000 orang dengan penyertaan 45 buah syarikat daripada 90 buah negara seperti dari ASEAN, Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Untuk kali juga ruang pameran yang lebih besar dan jumlah pameran gerai jualan sebanyak 1300 berbanding 1000 pada tahun ini. Acara kali ini dianggap sebagai MIHAS yang terbesar diadakan sejak penubuhannya pada tahun 2004.

Dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), MIHAS 2020 akan mempamerkan kekuatan pelbagai sektor Halal iaitu Makanan & Minuman, Pembuatan Teknologi Makanan, Farmasi, Kosmetik, Logistik, Pelancongan, Kewangan Islam, Digital dan Fracais.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Wan Latiff Wan Musa, 2020 akan menjadi tahun penting bagi Malaysia kerana ia melaksanakan pelbagai rancangan untuk memacu agenda kemampanan Malaysia. “Kemapanan menggalakkan perniagaan yang bertanggungjawab dan amalan baik yang menekankan tanggungjawab terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Ini sangat sesuai dengan Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau SDG. Halal dan kesinambungan apabila diamalkan bersama akan membawa kepada gaya hidup Halalan Toyyiban dan kita perlu menyatakan ini kepada dunia menerusi MIHAS, “kata Wan Latiff.

“Sebagai contoh, Halal memberi garis panduan tentang pengeluaran, pemprosesan dan pengendalian produk yang memastikan kandungan yang digunakan tidak membawa apa-apa perkara yang dilarang oleh undang-undang Syariah, tidak baik, atau merugikan kesihatan. Ia juga menjamin proses yang diterima pakai adalah selamat dan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada alam sekitar dan orang lain. Pada teras garis panduan ini, kita dapat melihat penekanan yang kuat untuk menjadi mesra alam, menjaga kesejahteraan hidup (manusia dan haiwan), perdagangan yang adil – nilai yang kami jual melalui Perjanjian Perdagangan Bebas, dan amalan perniagaan beretika dan adil melalui Kewangan Islam,”

“Inilah yang menjadikan Halal dan kemampanannya sebagai gabungan yang sempurna untuk perniagaan bagi menguatkan lagi nilai saranan mereka apabila menjual kepada dunia, dalam masa yang sama melindungi dunia dan masyarakat. Ini pastinya akan memberikan kelebihan strategik jangka panjang bagi pengeksport Malaysia,” jelas Wan Latiff.

Selain mempamerkan produk dan perkhidmatan Halal di pameran itu, MIHAS juga akan menampilkan platform pemadanan perniagaan yang sangat berkesan yang dikenali sebagai Program Perolehan Antarabangsa (INSP) yang menarik lebih daripada 4,300 pembeli dari seluruh dunia yang dipadankan dengan syarikat Malaysia.

Selain itu, MIHAS 2020 akan menawarkan peluang rangkaian dan pembelajaran yang berkualiti melalui zon pengalaman yang luas dan lebih baik dan fora terkenal industri serta ceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai industri halal.

MIHAS 2020 akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, Malaysia dan disokong oleh CIMB Islamic, GISB Holdings, Ramly Food Processing Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Ramly Burger dan Katerer Makanan Big Onion. Syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian dalam MIHAS 2020 boleh mendaftar di www.mihas.com.my .

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As Trade Visitor

*Notice

MIHAS Connect is only available by February 2020. Stay tuned!