MIHAS ditunda ke tahun depan

SOURCE : bharian

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menangguhkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17 yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 4 September 2020 ke tahun depan.

Keputusan diambil selepas mengambil kira pandemik COVID-19 dan impaknya yang boleh menjejaskan reputasi pameran itu jika ia diteruskan.

Berdasarkan maklum balas diterima MATRADE melalui 46 pejabat luar negara, kebanyakan pempamer, pembeli dan pengunjung asing tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa.

Kali selidik pantas yang dibuat dalam kalangan pempamer tempatan juga mengesahkan kebimbangan pempamer luar negara mengenai kemungkinan jumlah pengunjung dan pembeli yang kurang memberangsangkan, berikutan sekatan perjalanan dikenakan oleh banyak negara seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata penangguhan pameran ke 2021 adalah demi kepentingan terbaik pempamer dan pembeli.

“Persekitaran semasa adalah amat mencabar dan kami percaya ia akan memberi kesan kepada keberkesanan pameran ini. Tarikh untuk tahun depan akan ditentukan bergantung kepada perkembangan pandemik ini.

“Dengan menangguhkannya ke 2021, akan membolehkan pempamer tempatan dan asing menilai strategi dan melakukan ubah suai sewajarnya dengan persekitaran yang berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak 16 tahun lalu, MIHAS membina reputasi sebagai pameran halal utama dunia, di mana ribuan peserta industri halal dari seluruh dunia bertemu setiap tahun bagi mempamerkan produk inovatif dan terkini.

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

MIHAS ditunda ke tahun depan

SOURCE : bharian KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menangguhkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17 yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 4

Read More »

Register As
An Exhibitor

Register As A Trade Visitor

MIHAS Connect will be available by 1st of July 2020