MIHAS 2020 TERBESAR BAKAL TARIK 35,000 PENGUNJUNG

SOURCE : buzzingmalaysia.com

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 dijangka mencatatkan peningkatan nilai transaksi jualan sehingga lima peratus berbanding RM1.6 bilion yang dicapai tahun ini.

Sasaran itu disokong peningkatan jumlah peserta pameran dan produk baharu.

Pameran tahunan edisi ke-17 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu akan berlangsung pada 1 hingga 4 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata pada edisi yang bakal berlangsung itu, MIHAS 2020 akan membantu menggalakkan amalan kelestarian di kalangan peserta industri berasaskan halal.

Bertemakan ‘Expand Your Halal Horizon’, MIHAS 2020 akan menempatkan lebih 1,200 gerai pameran bukan saja dari syarikat tempatan tetapi juga syarikat luar seperti dari negara ASEAN, Asia Tengah, Asia Barat, Afrika dan Amerika Syarikat.

Majlis pra pelancaran itu tadi dirasmikan oleh Datuk Hazimah Zainuddin, Ahli Lembaga Pengarah Matrade.

“Kami menyasar kunjungan lebih 35,000 pengunjung daripada 90 negara.

“Edisi ke-17 ini dijangka menjadi acara MIHAS terbesar sejak pelancarannya pada 2004.

Antara yang memgambil bahagian adalah daripada syarikat dagang, pembeli, jenama terkemuka, pengilang, pengedar dan pembekal,” Ujar Datuk Wan Latiff Wan Musa. MYBUZZ!

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As Trade Visitor

*Notice

MIHAS Connect is only available by February 2020. Stay tuned!