MIHAS 2020 skala lebih besar

SOURCE : Gondang Online

Expo perdagangan halal terbesar dunia, MIHAS kembali lagi untuk kali ke 17 pada 1 hingga 4 April 2020.

Kali ini sasarannya lebih besar dan berkembang dari setahun ke setahun dengan 1, 200 gerai pameran.

Pra pelancarannya diadakan di Matrade, Kuala Lumpur hari ini. Untuk edisi kali ini MIHAS menjalankan promosi untuk mengekalkan amalan industri halal.

Wan Latiff paling kanan

“Temanya,  “Expand Your Halal Horizon”, MIHAS 2020 akan menampilaka  lebih 1200 booth daripada syarikat tempatan dan luar negara dengan sasaran 35,000 pengunjung dari 90 negara.

“Ia menjadikan MIHAS kali ini yang terbesar sejak kali pertama diadakan oada 2004. Penyertaannya melingkupi syarikat produk halal, pembeli, brand utama, pengilang, pengedar dan pembekal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wan Latiff Wan Musa.

Selain makanan, kata Wan Latiff, MIHAS turut memamerkan teknologi halal, pelancongan, pharmasutikal, kosmetik, perbankan Islam, digital dan francaise.

Tahun lalu MIHAS memperkenalkan fesyen islamik dengan 48 syarikat telah mendapat perhatian.

“MIHAS 2020 akan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hub halal dan mengukuhkan nilai ekonomi produk halal di mata dunia. Seterusnya prospek produk halal berterusan kukuh,” katanya.

MIHAS 2020 akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dengan sokongan CIMB Islamic, GISB Holdings, Ramly dan Big Onion.

Syarikat syarikat yang mahu ambil bahagian dalam MIHAS 2020 boleh mendaftar di www.mihas.com.my.

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As Trade Visitor

*Notice

MIHAS Connect is only available by February 2020. Stay tuned!