MIHAS 2020 ditangguh ke September

SOURCE : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 yang dijadualkan berlangsung 1 hingga 4 April ini ditangguhkan kepada 1 hingga 4 September depan.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu berdasarkan kepada faktor keselamatan dan kesihatan disebabkan penularan COVID-19.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang dikumpul MATRADE, selaku penganjur MIHAS 2020 daripada peserta pameran.

“Peserta pameran menyatakan hasrat supaya acara itu ditangguhkan dan dijadualkan semula pada tarikh lain.

“Perubahan tarikh turut mengambil kira trend pameran perdagangan di seluruh dunia yang memilih untuk menjadualkan semula acara mereka,” katanya.

MATRADE bagaimanapun berkata, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan selain kementerian serta agensi lain menyatakan situasi COVID-19 di Malaysia masih terkawal.

MATRADE akan terus bekerjasama rapat dengan semua peserta pameran dan pelawat untuk memastikan kejayaan MIHAS 2020.

MIHAS 2020 diunjur mencatatkan peningkatan nilai transaksi jualan sehingga lima peratus berbanding RM1.6 bilion yang dicapai pada 2019.

Sasaran itu disokong peningkatan jumlah peserta pameran dan produk baharu.

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As A Trade Visitor

MIHAS Connect will be available by 1st of July 2020