SOURCE : MalaysiaDateline

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2020 akan mengetengahkan industri 4.0 dalam industri makanan halal antarabangsa kali ke17 yang akan diadakan pada 1 April sehingga 4 April 2020.
Mihas 2020 kali ini menyasarkan unjuran sebanyak 5 peratus berbanding tahun ini RM1.6bilion pada Mihas 2019.
Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, Mihas 2020 kali ini menumpukan kepada dua sektor iaitu akan diberi keutamaan kepada sistem francais dan teknologi makanan 4.0 antara syarikat tempatan dan luar negara.
Tambah beliau sasaran itu bersandarkan kepada peningkatan jumlah peserta dan produk yang dipamerkan.
Selain turut mempamerkan beberapa sektor halal memenuhi pasaran global seperti makanan dan minuman, farmaseutukal,kewangan Islamik, logistik, kosmetik dan pelancongan.
Katanya dengan bertemakan ‘Expand Your Halal Horizon’, dijangkakan akan menarik kunjungan lebih 35,000 orang dengan penyertaan 45 buah syarikat daripada 90 buah negara.
“Bagi tahun hadapan terdapat 1,300 gerai jualan berbanding 1,000 gerai jualan pada tahun ini dengan pembabitan beberapa syarikat antarabangsa.
“Ia meliputi 60% pembabitkan usahawan dan syarikat tempatan pada Mihas 2020.
“Mihas 2020 adalah pameran perdagangan halal terbesar di dunia berbanding pameran halal lain yang dianjurkan beberapa buah negara.Antara yang mengambil bahagian adalah daripada syarikat dagang, pembeli, jenama terkemuka, pengilang, pengedar dan pembekal.
“Setiap tahun kita akan menerima peningkatan jumlah penyertaan dari banyak negara,” ujarnya ketika sidang media yang diadakan di Matrade hari ini.
Majlis pelancaran Mihas 2020 telah disempurnakan oleh Datuk Hazimah Zainuddin Ahli Lembaga Pengara Matrade.