MATRADE sasar tingkat jualan lima peratus MIHAS 2020

SOURCE : BH Online

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking (tengah) dengan Pengerusi MATRADE, Tan Sri Dr. Halim Mohammad (kanan) di sidang akhbar dengan media. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa. – Foto Supian Ahmad

Oleh Nasuha Badrul Huzaininasuha@bh.com.myKONGSI ARTIKELShareTweet

KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 diunjur mencatatkan peningkatan nilai transaksi jualan sehingga lima peratus berbanding RM1.6 bilion yang dicapai tahun ini.

Sasaran itu disokong peningkatan jumlah peserta pameran dan produk baharu.

Pameran tahunan edisi ke-17 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu akan berlangsung pada 1 hingga 4 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata pada edisi yang bakal berlangsung itu, MIHAS 2020 akan membantu menggalakkan amalan kelestarian di kalangan peserta industri berasaskan halal.

Katanya, dengan tema ‘Expand Your Halal Horizon’, MIHAS 2020 akan menempatkan lebih 1,200 gerai pameran bukan saja dari syarikat tempatan tetapi juga syarikat luar seperti dari negara ASEAN, Asia Tengah, Asia Barat, Afrika dan Amerika Syarikat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking (tengah) dengan Pengerusi MATRADE, Tan Sri Dr. Halim Mohammad (kanan) dengan penaja di persidangan Su-RE 2019. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa. – Foto Supian Ahmad

“Kami juga menyasar kunjungan lebih 35,000 pengunjung daripada 90 negara.

“Edisi ke-17 ini dijangka menjadi acara MIHAS terbesar sejak pelancarannya pada 2004. Antara yang memgambil bahagian adalah daripada syarikat dagang, pembeli, jenama terkemuka, pengilang, pengedar dan pembekal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

MIHAS 2020 akan mempamerkan beberapa sektor halal yang kukuh termasuklah makanan dan minuman; pengeluaran teknologi makanan; farmaseutikal; kosmetik; logistik; pelancongan dan kewangan islamik.

Mengulas lanjut, Wan Latiff berkata, 2020 akan menjadi tahun yang penting bagi Malaysia kerana ia akan menjalankan operasi pelbagai pelan untuk memacu agenda kemapanan negara.

“Kemapanan menggalakkan perniagaan yang bertanggungjawab dan menjalankan amalan baik menuju persekitaran, sosial dan tadbir urus yang lebih baik.

“Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Kemapanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG),” katanya.

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As Trade Visitor

*Notice

MIHAS Connect is only available by February 2020. Stay tuned!