ANDA PEMAIN INDUSTRI HALAL? JOM KE MIHAS

SOURCE : Kita Reporters

PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), yang diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah RM17 bilion sepanjang 16 tahun penganjurannya. : KitaReporters.com

Majlis prapelancaran MIHAS 2020 disempurnakan oleh Hazimah Zainuddin (tengah) bersama Wan Latif Wan Musa (dua dari kiri) di Bangunan MATRADE Kuala Lumpur pada Rabu (20/11/2019) lalu.

Memasuki tahun ke-17 penganjurannya tahun depan, MIHAS dijangka memperoleh 5% pertumbuhan jualan daripada RM1.6 bilion yang dicapai tahun lepas. 

Mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas majlis prapelancaran MIHAS 2020, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa menambah, sasaran pertumbuhan jualan itu mampu dicapai memandangkan terdapatnya pertambahan penyertaan lebih kurang 200 pemamer kali ini.

“Kami menjangkakan sejumlah 1,300 penyertaan pempamer tahun ini berbanding 1,000 pempamer tahun lepas membabitkan 45 negara,” ujar Wan Latiff.

Majlis prapelancaran MIHAS 2020 telah disempurnakan oleh Dato Hazimah Zainuddin selaku Ahli Lembaga Pengarah MATRADE pada Rabu (20/11/2019) lalu.

Bertemakan “Expand Your Halal Horizon”, pameran perdagangan halal terbesar di dunia ini akan berlangsung selama empat hari bermula 3 hingga 6 April 2020 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Di samping rakan negara rantau ASEAN yang akan menyertai, pempamer-pempamer lain terdiri dari Asia Timur Utara, Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika.

MIHAS 2020 akan mempamerkan kekuatan pelbagai sektor perkhidmatan halal meliputi Makanan & Minuman, Pembuatan Teknologi Makanan, Farmaseutikal, Kosmetik, Logistik, Pelancongan, Kewangan Islam, Digital dan Francais.

Selain itu, MIHAS juga akan menampilkan platform pemadanan perniagaan iaitu ‘Program Sourcing Antarabangsa’ (INSP) yang sejak 2005 menarik lebih daripada 4,300 pembeli dari seluruh dunia yang dipadankan dengan syarikat Malaysia  serta ‘Program MIHAS Hosted Buyer’.

Menurut Wan Latif, INSP akan diadakan di Menara MATRADE pada 2 April membabitkan kira-kira 200 pembeli terpilih daripada 50 negara yang bersedia untuk menyertai aktiviti pemadanan perniagaan dengan lebih 450 syarikat Malaysia.

“INSP telah berjaya menjana lebih RM600 juta jualan untuk syarikat tempatan pada tahun lepas,” ujar Wan Latif.

Acara yang dijangka menarik 30,000 pengunjung dari 88 negara itu turut menawarkan peluang rangkaian dan pembelajaran yang berkualiti melalui zon pengalaman pada siri program tambah nilai membabitkan enam persidangan dan lebih 30 seminar.

“MIHAS 2020 akan menjadi tahun penting bagi Malaysia kerana ia melaksanakan pelbagai rancangan untuk memacu agenda kemampanan Malaysia,” tambah Wan Latif Wan Musa kepada media.

Wan Latif Wan Musa (kanan) bersama Hazimah Zainuddin (kiri) dan Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) pada sidang media yang diadakan di MATRADE.

Selain itu, MIHAS 2020 akan menawarkan peluang rangkaian dan pembelajaran yang berkualiti melalui zon pengalaman yang luas dan lebih baik serta ceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai industri halal. 

Pada tahun lalu, MIHAS menyaksikan pengenalan ‘Modest Fashion Cluster’ di mana sejumlah 48 syarikat dan persatuan diketengahkan.

“MIHAS 2020 akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global, sekali gus menegakkan nilai ekonomi halal untuk dunia. 

“Prospek perniagaan berasaskan halal terus kukuh, dan berdasarkan Laporan Ekonomi Islam Global Thomson Reuters  (2019/20), ekonomi Islam global pada 2018 bernilai USD$4.74 trilion dan dijangka meningkat kepada USD$6.66 trilion pada 2024, “ tambah Wan Latiff.

Beliau turut mendedahkan iaitu dalam laporan sama, Malaysia sekali lagi mengetuai Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI), mencerminkan ekosistem ekonomi Islam yang teguh, dengan Malaysia mengetuai pek yang merintis pertumbuhan ekonomi Islam dalam pelbagai sektor. 

Jelasnya, sektor utama yang akan memacu ekonomi Islam termasuk Makanan Halal (bernilai USD$2 trilion menjelang 2024), Fesyen Modest (USD$402 bilion), Media & Rekreasi (USD$309 bilion), Pelancongan Mesra Islam (USD$274 bilion),  Farmaseutikal Halal (USD$134 bilion), Kosmetik Halal (USD$95 bilion) dan Kewangan Islam (USD$3.5 trilion).

Berhubung perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China  yang berlaku ketika ini di mana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi global, Wan Latiff berharap isu itu dapat diselesaikan dengan baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dunia dan seterusnya meningkatkan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan perdagangan dari Malaysia.

Sementara itu, syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian dalam MIHAS 2020 boleh mendaftar di www.mihas.com.my– KitaReporters.com

Share this:
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Related Posts

Register As
An Exhibitor

Register As Trade Visitor

*Notice

MIHAS Connect is only available by February 2020. Stay tuned!